SARAPAN PAGI KITA

SARAPAN PAGI KITA

Khamis, 29 Mei 2014

Kari ketam & nenas





Salam jumaat semua, 
alhamdulillah menulis lagi saya.
Kali ini saya paparkan tentang menu gulai ketam dan nenas.
Menu ini juga adalah antara menu feberet keluarga saya turun temurun.
Kebiasaan, setiap khamis ada pekan nat ( pasar hari) kat kampung saya 
iaitu kat Pekan Tunjang, jadi pada hari tersebut, 
ramai peniaga datang berjual pelbagai barangan hasil laut dan darat
hatta sayur dan ulam-ulam yang pelagai.
Semuanya segar bugar, jadi masa-masa nilah kami-kami yang tinggal berhampiran berpeluang membeli pelbagai keperluan dengan harga yang lebih murah berbanding pada hari biasa.

Hari ini setelah meninjau-ninjau di pasar hati berkenan pulak dengan si ketam
ini, maka menu istimewa kami sekeluarga pada hari ini ialah
Kari Ketam @ nenas.
Resepinya biasa sahaja macam kita nak buat kari ikan 
cuma sekarang kita tukar kepada ketam pulak.
memang sedap, lebih-lebih lagi 
ianya dimasak dengan penuh kasih sayang.

Selamat mencuba.


Wasallam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan