SARAPAN PAGI KITA

SARAPAN PAGI KITA

Khamis, 29 Mei 2014

Kari ketam & nenas





Salam jumaat semua, 
alhamdulillah menulis lagi saya.
Kali ini saya paparkan tentang menu gulai ketam dan nenas.
Menu ini juga adalah antara menu feberet keluarga saya turun temurun.
Kebiasaan, setiap khamis ada pekan nat ( pasar hari) kat kampung saya 
iaitu kat Pekan Tunjang, jadi pada hari tersebut, 
ramai peniaga datang berjual pelbagai barangan hasil laut dan darat
hatta sayur dan ulam-ulam yang pelagai.
Semuanya segar bugar, jadi masa-masa nilah kami-kami yang tinggal berhampiran berpeluang membeli pelbagai keperluan dengan harga yang lebih murah berbanding pada hari biasa.

Hari ini setelah meninjau-ninjau di pasar hati berkenan pulak dengan si ketam
ini, maka menu istimewa kami sekeluarga pada hari ini ialah
Kari Ketam @ nenas.
Resepinya biasa sahaja macam kita nak buat kari ikan 
cuma sekarang kita tukar kepada ketam pulak.
memang sedap, lebih-lebih lagi 
ianya dimasak dengan penuh kasih sayang.

Selamat mencuba.


Wasallam




Selasa, 27 Mei 2014

Laksa ikan sekoq







Saya suka makan laksa, bukan saya sahaja, 
semua ahli keluarga saya
suka sangat makan laksa. Menu feberet kami di rumah.
Suatu hari ketika menghantar kakak yang kedua ke stesen bas untuk pulang 
ke Seberang Jaya, kami singgah makan laksa di Mergong.
Hidangan laksa yang biasa menjadi lebih istimewa bila 
diserikan dengan seekor ikan rebus.
Lagi satu kalau nak tambah pun boleh 
percuma sahaja. Itulah yang istimewa
Alhamdulillah, semoga peniaga berkenaan 
beroleh keberkatan dalam perniagaannya.
Insyallah, berniaga sambil bersedekah
masyallah tabarakallah.



Wasallam

Isnin, 26 Mei 2014

Sarapan Pagi


























Alhamdulillah, sempena 27 Rejab 1435 Hijrah ini,
lahirlah blog baru ini .
Doakan saya untuk sentiasa menulis setiap hari.
Saya mengusahakan perniagaan sendiri dengan menjual 
nasi lemak berlauk di dalam kampung saya iaitu
kampung Pulau Kechik Tunjang.
Perniagaan saya ini dibantu oleh emak, adik dan ayah, saya.
Sokongan dan motivasi juga adalah dari kakak dan abang saya
yang mempunyai restoran dan katering makanan mereka
di Rawang Selangor. 
Alhamdulillah sambutan perniagaan saya hingga kini  cukup baik.
Doakan saya agar dapat menulis setiap hari.



Wasallam